• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPT Tidak Terima Arahan Tutup Uniten Di Muadzam Shah

oleh Mohd Arshad
12/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Syarikat Jepun Tarik Diri Projek HSR KL-Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) belum menerima sebarang arahan berkenaan cadangan penutupan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Muadzam Shah, Rompin, Pahang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. kadir berkata, pihaknya telah membuat semakan berkenaan perkara tersebut dan belum menerima maklum balas berkenaan penutupan tersebut.

“Pegawai kanan saya telah buat semakan, dan setakat ini saya masih belum menerima sebarang keputusan berkenaan penutupan Uniten seperti yang diperkatakan,” katanya ketika menyampaikan Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Kerajaan Pahang bersetuju terhadap cadangan penutupan universiti terbabit dan mahu keputusan itu dikaji semula.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas membuat keputusan sebulat suara dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

“Penutupan pengoperasian Uniten tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik kepada rakyat terutama berkaitan kelangsungan pengajian anak-anak muda dan peluang perniagaan serta pembangunan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, keputusan penutupan United bakal memberi kesan tidak baik kepada rakyat berkaitan pengajian anak-anak muda.

“Muadzam Shah sinonim dengan gelaran hab pendidikan Pahang kerana terdapatnya Uniten, politeknik, kolej vokasional, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan beberapa sekolah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Ia juga menggalakkan perkembangan ekonomi kepada penduduk setempat khususnya buat penduduk di DUN (Dewan Undangan Negeri) Muadzam Shah secara khususnya dan Parlimen Rompin secara amnya,” ujarnya.

Kata beliau, pihak Uniten dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu melipatgandakan promosi khususnya program profesional huffaz yang kini antara program yang sangat mendapat sambutan di kalangan anak muda dan ibu bapa.

UtusanOnline-

Tags: KPTMuadzam Shahuniten
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

24/06/2025
0

LANGKAWI - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau keadaan tujuh pelajar Malaysia yang masih berada di Iran susulan ketegangan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd