• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Rumah Ngeh Koo Ham, Polis Tahan Seorang Suspek

oleh Mohd Arshad
12/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Tak Mohon Ekstradisi ‘Raja Dadah’ Ditahan Di Laos
Share on FacebookShare on Twitter

MANJUNG: Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit kes berunsur khianat dalam kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata suspek berusia 30-an ditahan bersama dua telefon bimbit di kawasan sekitar Shah Alam, Selangor jam 4 pagi tadi.

“Suspek direman lima hari sehingga Selasa depan bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum dengan penjara maksimum 14 tahun dan denda.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan rumah Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, di sini dibaling ‘molotov cocktail’ dipercayai menjadi punca kebakaran tiga kereta milik Penasihat DAP Perak itu termasuk siling di pekarangan rumahnya.

Ketika kejadian, Koo Ham dan isterinya sedang tidur di tingkat atas kediaman terbabit sebelum terjaga kerana deringan loceng rumah yang dibunyikan berkali-kali oleh jiran mereka.

BHonline-

Tags: Ngeh Koo Hampolisrumah terbakarSuspek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd