• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkah Dubai: Polis Terima 75 Laporan

oleh Mohd Arshad
10/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Koo Ham Syak Kebakaran Disebabkan Kenyataan Sentuh Islam
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebanyak 75 laporan diterima berkaitan gerakan ‘Langkah Dubai’ yang didakwa bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua laporan berkenaan dibuat oleh 31 wakil serta ahli politik manakala 44 lagi melibatkan orang awam.

“Kesemua jumlah terbabit diterima berdasarkan laporan di seluruh negara setakat jam 7 pagi.

“Polis akan memanggil individu terlibat bagi membantu siasatan kes berkenaan yang dijalankan di bawah Seksyen 124C dan 505 (B) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, laporan polis dibuat berdasarkan tular rakaman video tiga atau empat orang berkaitan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Jelas beliau, susulan penularan video itu, pihak polis perlu melakukan siasatan kerana perkara itu mendatangkan kegusaran kepada masyarakat dan mengganggu ketenteraman awam.

Selain itu, tambah beliau, polis turut menyiasat mengenai dakwaan bahawa beberapa ahli Parlimen dibayar untuk menyokong pertukaran kerajaan.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mendedahkan terdapat gerakan yang dinamakan ‘Langkah Dubai’ untuk menjatuhkan Anwar, yang didakwa dirancang dan didalangi pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan ketika bercuti di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

SinarHarian-

Tags: Langkah Dubaipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd