• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Johor Bahru Pulih

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Banjir Di Johor Bahru Pulih
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Banjir di Johor Bahru pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini yang menempatkan 43 penduduk daripada 12 keluarga ditutup jam 3 petang tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata ini menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini setakat jam 4 petang tadi berkurangan daripada 1,197 mangsa (310 keluarga) kepada 1,149 orang (297 keluarga) di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata Kota Tinggi masih kekal menjadi daerah paling terjejas akibat banjir apabila jumlah mangsa seramai 793 orang daripada 197 keluarga masih ditempatkan di lapan PPS.

“Di Mersing pula, seramai 272 penduduk daripada 72 keluarga masih ditempatkan di dua PPS, manakala di Kluang seramai 84 penduduk daripada 28 keluarga masih ditempatkan di sebuah PPS,.

“PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Nam Heng di sini, ditutup sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Negeri Johor, hanya Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi terjejas akibat banjir dan hanya dibuka untuk kenderaan berat.

Jabatan Metrologi Malaysia (Met Malaysia) pula mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok di Segamat, Kluang, Mersing dan Johor Bahru.

Amaran ribut petir pula dikeluarkan di Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan paras Sungai Kahang di Kluang sudah melepasi aras bahaya, manakala Sungai Muar di Segamat; Sungai Lenik dan Sungai Sembrong di Batu Pahat; Sungai Johor dan Sungai Pontian Besar di Kulai serta Sungai Sedili Besar di Kota Tinggi melepasi aras waspada.

-Berita Harian

Tags: Banjirjohor bahrumangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

05/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd