• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Daerah Di Johor Banjir, 4 PPS Dibuka

oleh AK-47
04/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
3 Daerah Di Johor Banjir, 4 PPS Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Tiga daerah di Johor mula membuka pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir yang menjejaskan beberapa kawasan di negeri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setakat jam 1 petang tadi, terdapat 96 mangsa daripada 25 keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir di Mersing, Kluang dan Johor Bahru.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, dua PPS dibuka di Mersing, manakala masing-masing satu PPS dibuka di Kluang dan Johor Bahru.

“Dua PPS di Mersing dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu pada jam 12.30 tengah hari dengan masing-masing menempatkan 25 mangsa (enam keluarga) dan 27 mangsa (lima keluarga).

“PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya di sini, pula dibuka pada jam 12.45 tengah hari, namun jumlah mangsa yang dipindahkan masih dikemaskini.

“Di Kluang, satu PPS dibuka di Dewan MPK Kahang pada jam 1 petang dengan setakat ini seramai 44 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Negeri Johor, tiga jalan di Mersing terputus hubungan akibat banjir membabitkan Jalan Kampung Orang Asli Peta, Jalan Johor Bahru – Endau dan Jalan Batu Pahat-Jemaluang.

Manakala, empat jalan di Kota Tinggi yang turut terjejas akibat banjir tidak terputus hubungan, namun ada yang hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

“Laluan kiri di Jalan Kota Tinggi – Mersing terhalang, namun keseluruhan jalan masih boleh digunakan dengan langkah waspada.

“Jalan Sri Perani pula hanya terdapat satu lorong dibuka untuk kenderaan ringan. Jalan Batu 25 ditutup untuk semua kenderaan ringan, kecuali satu lorong boleh dilalui hanya kenderaan berat.

“Jalan Kimlong juga hanya dibuka bagi laluan kenderaan berat sahaja,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk (lebat) sehingga Ahad ini di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala amaran hujan berterusan tahap waspada di Batu Pahat dan Pontian.

Laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula paras Sungai Johor di Kulai dan Sungai Kahang di Kluang sudah melepasi aras amaran, manakala Sungai Muar di Segamat, Sungai Ayer Hitam di Pontian dan Sungai Skudai di Johor Bahru melepasi aras waspada.

Semua daerah di Johor juga dilaporkan hujan kecuali Muar, Segamat dan Tangkak yang cerah setakat jam 12 tengah hari tadi.

-Harian Metro

Tags: BanjirJohormangsa banjir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd