• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen Minyak Dapat Bekalan Diesel Antara 24 Hingga 48 Jam

oleh Mohd Arshad
27/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Di Mana Bella? Dia Tak Pergi Kedai Dobi Pun…’
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Beberapa stesen minyak di seluruh negara yang terputus bekalan minyak diesel akan menerima bahan bakar itu dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam akan datang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata isu itu sudah diselesaikan antara kementerian, Kementerian Kewangan dan syarikat berkenaan.

Katanya, Petronas akan menghantar bekalan tambahan kepada stesen yang terjejas dalam tempoh itu.

“Isu sudah diselesai dengan PETRONAS. PETRONAS akan menghantar bekalan paling cepat dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Isu ini baharu sahaja diselesaikan hari ini, KPDN sudah berhubung dengan PETRONAS, malah saya sendiri bercakap dengan pengurusan PETRONAS,” katanya kepada BH.

Terdahulu, Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengakui beberapa stesennya di seluruh negara berdepan kehabisan stok bekalan diesel.

PDB menerusi kenyataan memaklumkan, perkara itu dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.

Armizan berkata, PETRONAS juga disyaratkan untuk mengemukakan senarai stesen minyak yang terbabit dengan penghantaran bekalan tambahan untuk membolehkan pemantauan dibuat secara menyeluruh.

Ditanya sama ada syarikat minyak lain turut terjejas, beliau berkata ia tidak serius.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata isu bekalan diesel terjejas di beberapa stesen minyak itu disebabkan masalah kehabisan kuota.

Jelasnya, kuota terbabit ditetapkan oleh kerajaan sebagai pihak yang menanggung subsidi.

“Setiap syarikat minyak ada kuota, selepas itu kuota itu dibahagikan kepada depoh, stesen dan lain-lain. Ada syarikat minyak yang habis kuota cepat dan lewat, kuota ini diberikan setiap bulan.

“Baru-baru ini, kami ada berjumpa dengan KPDN dan mereka memaklumkan bekalan mungkin tak cukup sehingga hujung tahun.

“Ini mungkin disebabkan permintaan yang tinggi daripada biasa,” katanya.

BHonline-

Tags: bekalan minyakDieselstesen minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Bekal Sehingga 150 Juta Tong Minyak Kepada Indonesia

Russia Bekal Sehingga 150 Juta Tong Minyak Kepada Indonesia

28/04/2026
0

JAKARTA/MOSCOW – Vladimir Putin dilaporkan bersetuju membekalkan sehingga 150 juta tong minyak mentah kepada Indonesia susulan pertemuan dua hala bersama...

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd