• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasa Baharu Perang Gaza?

oleh AK-47
24/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Fasa Baharu Perang Gaza?
Share on FacebookShare on Twitter

TEL AVIV – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) merancang untuk menamatkan operasi pencerobohan darat ke atas Genting Gaza dan mengalihkan tumpuan kepada serangan udara di bawah fasa baharu perang genosid di wilayah tersebut.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Rancangan jahat itu didedahkan stesen penyiar di Tel Aviv yang melaporkan rejim Zionis kini merancang untuk bergerak kepada fasa ketiga pertempuran lebih ganas di Gaza dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Fasa baharu itu termasuk mengurangkan anggota tentera dan menamatkan khidmat pasukan askar simpanan serta menubuhkan zon penampan di sempadan antara Tel Aviv dan Gaza,” jelas laporan tersebut lagi.

Menurutnya, IDF kini mengambil kawalan penuh ke atas sebahagian besar kawasan di utara Gaza, namun berdepan kesukaran untuk mara ke selatan yang terus dihujani bom.

Laporan itu dikeluarkan beberapa hari selepas Briged Golani (unit infantri IDF) terpaksa berundur dari wilayah tersebut kononnya untuk ‘mengatur semula anggota mereka’ selepas ramai tewas di tangan pejuang Hamas.

Sementara itu, The Washington Post melaporkan anggota IDF berdepan ‘perangkap maut’ di Gaza selepas pejuang Hamas menggunakan pelbagai taktik hingga musuh akhirnya terpedaya.

Perang ganas yang telah berlarutan selama 79 hari menyaksikan rejim Zionis masih gagal mencapai objektif utama mereka yang mahu menghapuskan Hamas, sebaliknya ia mendedahkan kelemahan ketara mereka termasuk lebih 150 anggota dilaporkan terbunuh.

-Sinar Harian

Tags: Gaza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd