• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paras Air Sungai Bidor Melepas Paras Bahaya

oleh Mohd Arshad
20/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harimau Belang Masuk Perangkap, Ditembak Pelali
Share on FacebookShare on Twitter

Teluk Intan: Mangsa banjir di Perak pagi ini kekal 64 orang daripada 17 keluarga yang ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS), tidak berubah berbanding jam 8 malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak setakat jam 8 pagi memaklumkan, semua mangsa berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di daerah Hilir Perak yang dibuka secara rasmi jam 6 petang Sabtu lalu.

Kawasan terjejas banjir membabitkan Batu 7; Batu 8; Batu 9; Lorong Kedah; Lorong Belakang Klinik; Lorong Sidang Osman; Lorong Imam Khairi dan Lorong Mesra dalam Mukim Changkat Jong, di sini.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong dekat sini mencecah 3.71 meter (m), melepasi paras bahaya 3.50 m.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak pula melaporkan penutupan jalan persekutuan di dua daerah lain berikutan laporan tanah runtuh.

Di Batang Padang, JKR Perak sedang menyegerakan kerja pembaikan bahu jalan di FT1152 FELDA Trolak Selatan yang runtuh memandangkan ia adalah jalan utama dan membahayakan pengguna. Jalan dibuka satu lorong untuk semua kenderaan.

Di Selama, JKR Perak sedang menjalankan kerja pembersihan di A021 Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan dan jalan dibuka untuk semua kenderaan.

Bagi mengelakkan kesesakan, pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.

HarianMetro-

Tags: bahayaparas airSungai Bidor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menunggang Motosikal Secara Bahaya, 14 Lelaki Ditahan

19/03/2022
0

Kuala Lumpur : Polis menahan 14 lelaki selepas mereka dikesan menunggang motosikal secara berbahaya dan berlumba dalam serbuan berasingan malam...

4 Sungai Di Johor Melebihi Tahap Bahaya

07/01/2022
0

PETALING JAYA – Sejumlah empat sungai di Johor merekodkan paras air melebihi tahap bahaya ekoran hujan berterusan. Menerusi portal Info...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd