• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Muncul Di Jeti Puteri Harbour, Bimbangkan Pengunjung

oleh Mohd Arshad
13/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter di Puteri Harbour, di sini menggemparkan pengunjung di jeti berkenaan sehingga menimbulkan kebimbangan ramai di kawasan tumpuan pelancong itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Maryam berkata, reptilia berkenaan dilihat berlegar-legar berhampiran bot yang diletakkan di jeti tersebut, sekali gus menimbulkan kegusaran sama ada kawasan beriadah itu selamat dikunjungi, khususnya pada hujung minggu.

“Saya bersama keluarga kerap ke Puteri Harbour, meluangkan masa bersama-sama kerana di sini terdapat banyak tempat menarik dan sesuai melakukan aktiviti riadah.

“Namun selepas kehadiran buaya, kami terpaksa mencari tempat lain yang lebih selamat untuk beriadah.

“Saya bimbang sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di kawasan itu, ia juga boleh menjejaskan mata pencarian para peniaga di kawasan itu,” katanya.

Kelmarin, tular rakaman video yang dikongsikan dalam laman sosial Instagram welovejohor menunjukkan kemunculan reptilia itu.

Terdapat pengunjung yang menyatakan bahawa pekerja di kawasan berkenaan mendakwa pernah menemukan dua ekor buaya di situ.

Justeru, Maryam berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta pihak pengurusan Puteri Harbour mengambil tindakan drastik bagi memastikan kawasan itu selamat dikunjungi.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan negeri, Aminuddin Jamin mengesahkan pihaknya ada menerima aduan berkaitan kemunculan reptilia itu.

“Kami lakukan pemantauan berterusan bersama-sama pihak pengurusan kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

UtusanOnline-

Tags: BuayaPuteri Harbour
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd