• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
13/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia pada usia 61 tahun.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jurucakap aktor yang popular menerusi watak Captain Raymond Holt dalam siri komedi itu dilapor memberitahu, mendiang menghidap penyakit, namun, namun tidak memperincikan perkara itu dengan lebih lanjut.

Braugher meninggalkan isterinya yang juga pelakon Ami Brabson serta tiga anak lelakinya Michael, Isaiah, dan John Wesley.

Braugher juga cukup popular menerusi watak Detective Frank Pemberton dalam siri Homicide: Life on the Street yang ditayangkan pada 1992 hingga 1998.

Pada 1998, menerusi watak Detective Frank Pemberton, mendiang memenangi trofi Anugerah Emmy pertama susulan aksi cemerlang sebagai pelakon utama dalam drama bersiri berkenaan.

Braugher juga memenangi Anugerah Emmy untuk peranan sebagai Nick Atwater iaitu watak utama dalam siri Thief pada 2006.

Menerusi watak Captain Holt dalam Brooklyn Nine-Nine, Braugher turut dicalonkan di Anugerah Emmy sebanyak empat kali.

Pada 2014 dan 2016, Braugher meraih kemenangan pada Anugerah Critics Choice untuk kategori pelakon pembantu lelaki terbaik dalam siri komedi.

Mendiang pernah muncul dalam banyak filem hebat termasuk Primal Fear, Frequency, The Mist, Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer, Salt, dan The Gambler.

BHonline-

Tags: Andre Braughermeninggal duniapelakon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Next Post

Tidak Perlu Cetak Cukai Jalan Digital – JPJ

Related Posts

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post
Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

Tidak Perlu Cetak Cukai Jalan Digital – JPJ

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd