• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Hasil Bedah Siasat Zayn Rayyan Tak Boleh Didedahkan’

oleh AK-47
09/12/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
‘Hasil Bedah Siasat Zayn Rayyan Tak Boleh Didedahkan’
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Laporan hasil bedah siasat membabitkan kematian kanak-kanak, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, tidak akan didedahkan kepada umum kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid, berkata setiap maklumat diperoleh pihak polis termasuk laporan hasil bedah siasat mangsa perlu dijaga kerahsiaannya.

“Kita tidak perlu dedahkan maklumat sedemikian pada umum, kita perlu jaga kerahsiaan itu.

“Apabila kita dapat maklumat, sudah pasti Ketua Polis Selangor akan maklumkan mengenainya,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Fakhrudin mengingatkan, siasatan akan dijalankan terhadap mana-mana individu yang memberi laporan tidak tepat sehingga mencemarkan keluarga mangsa.

“Kita (polis) juga akan buka laporan jika ada komen daripada orang awam yang palsu dan boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Selain itu, tindakan tegas juga diambil terhadap mereka yang menyebarkan maklumat sehingga mencemar maruah keluarga mangsa. Kita (polis) memandang serius perkara ini,” katanya.

Terdahulu, empat anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerahkan ke lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan bagi mengesan jika terdapat penemuan petunjuk baharu.

-Berita Harian

Tags: Hasil Bedah SiasatKes Zayn Rayyanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd