• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Guna Khidmat Falco Dan Jimmy Jejak Bukti Pembunuh Zayn Rayyan

oleh AK-47
09/12/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Guna Khidmat Falco Dan Jimmy Jejak Bukti Pembunuh Zayn Rayyan
Share on FacebookShare on Twitter

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) iaitu Falco dan Jimmy, bagi menjejaki bukti pembunuh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan di kawasan penemuan mayatnya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dua ekor anjing itu tiba pada 1.50 tengah hari tadi bagi melakukan penjejakan semula di kawasan aliran anak sungai berhampiran apartment berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata Unit Anjing Pengesan K9 itu, dibawa bagi mendapatkan petunjuk baru yang mungkin akan membawa kepada penemuan suspek.

Unit Anjing Pengesan K9 sebelum ini memainkan peranan utama dalam usaha pencarian dalam beberapa insiden di dalam negara, yang memerlukan kepakaran yang tiada tandingnya berbanding peranti moden.

Sementara itu, Mohamad Fakhrudin berkata setakat ini belum ada pihak yang tampil memberikan rakaman kamera papan pemuka, walaupun terdapat banyak kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir di sekitar apartment terbabit.

“Saya memohon kepada individu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka di kenderaan mereka untuk tampil dan memberikannya kepada pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi dan menyebarkan sebarang maklumat palsu, kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Sekiranya ada komen-komen daripada publik yang palsu dan mengganggu ketenteraman awam serta mencemar maruah kepada keluarga itu, kita akan ambik tindakan tegas kepada mereka yang menyebarkannya,” katanya.

Beliau berkata sekiranya didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor SAC Baharudin Mat Taib tiba di lokasi kejadian kira-kira 1.30 tengah hari, bagi menjalankan siasatan.

Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai, dan ditemukan maut dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

-Malaysia Kini

Tags: Falco Dan JimmyKes Zayn Rayyanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd