• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Disyaki Edar Heroin Bernilai RM51,450 Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan seorang lelaki disyaki mengedar heroin seberat 1.03 kilogram bernilai RM51,450 dalam serbuan di Taman Pusing Murni, Pusing dekat Batu Gajah, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak ACP Yap Toon Khuan berkata hasil maklumat awam serta risikan yang dijalankan sejak dua minggu lepas, sepasukan polis dari JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menahan suspek berusia 29 tahun yang berada di dalam sebuah kereta.

Beliau berkata semasa serbuan dilakukan kira-kira pukul 5 petang, suspek sedang menunggu pelanggan untuk urusan jual beli dadah di dalam kereta Honda City di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

“Polis menemui dadah dipercayai heroin seberat 914 gram di dalam kereta tersebut,” katanya pada sidang media di IPK di sini, Isnin.

Beliau berkata susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah di kawasan yang sama dan menemui heroin seberat 115 gram.

“Polis turut menyita kereta yang dinaiki suspek serta seutas rantai emas dengan nilai keseluruhan sebanyak RM62,150,” katanya.

Yap berkata suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu dipercayai aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak awal 2014 di sekitar Menglembu dan Pusing.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan suspek merupakan anggota sindiket dadah dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana bergaduh di dalam perkarangan balai polis,” katanya.

Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia direman sehingga 4 Jun ini bagi membantu siasatan.

Yap berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=tEQJxVjo2mg

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd