• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Akan Hentikan Kempen Serta Merta Jika Kemaman Dilanda Banjir

oleh Mohd Arshad
24/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
UMNO Akan Hentikan Kempen Serta Merta Jika Kemaman Dilanda Banjir
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI: UMNO akan menghentikan semua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman sekiranya kawasan Parlimen berkenaan dilanda banjir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Media UMNO Bahagian Kemaman, Wan Hakim Wan Mokhtar berkata ini kerana parti politik diwujudkan untuk membantu dan membahagiakan negara dan rakyat.

“Jadi bayangkan, kalau tiba-tiba esok banjir di DUN (Dewan Undangan Negeri) Air Putih dan di situ seramai 5,000 orang terjejas, kita akan hentikan semua kempen serta merta dan bantu rakyat.

“Kita akan kerahkan semua jentera untuk bantu rakyat, itu yang utama. Macam selalu saya sebut, parti politik ini diwujudkan untuk membahagiakan rakyat dan negara,” katanya dalam sidang media berhubung perkembangan kempen PRK Kemaman, di Pejabat UMNO Kemaman, di sini hari ini.

Sebelum ini, laporan Info Banjir di laman rasmi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, menunjukkan sungai-sungai utama di Terengganu masih di paras normal kecuali di tujuh stesen di empat daerah iaitu Kuala Nerus, Kemaman, Setiu dan Marang.

Di Setiu, stesen Sungai Nerus di Kampung Bukit; Sungai Setiu di Kampung Besut dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri berada pada tahap waspada sementara Sungai Chalok di Jambatan Chalok memasuki tahap amaran.

Di Kuala Nerus pula, stesen Parit Utama di Padang Kemunting sudah mencapai tahap bahaya apabila paras air mencapai paras 4.17 meter (m) sementara di stesen Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, air sungai berada pada paras waspada manakala Kemaman, stesen Sungai Tumpat di Kg Baru Kemasik juga melepasi tahap amaran iaitu di paras 1.84m.

Sementara itu, dalam perkembangan lain mengenai dakwaan PAS bahawa UMNO melakukan kesalahan dalam pilihan raya, Wan Hakim berkata, sekiranya mempunyai bukti pihak berkenaan boleh tampil untuk membuat laporan mengikut akta yang ditetapkan.

“Sebelum ini kita tidak pula pernah mendengar PAS ini mengadu bagai, sekarang ini pula baru pandai nak mengadu. Sama macam dalam kelas, kalau ada orang nak mengadu pada cikgu, biarlah dia.

“Nak lapor pun, biarlah kita tidak mempunyai masalah. Dulu tak dengar ada aduan, mungkin sebab dia baru baca akta pilihan raya.

“Sejujurnya kita terkejut dengan respon oleh PAS, jadi apa yang kita buat ni betul lah (failkan petisyen) sebab mereka pun dah mula untuk beri tindak balas. Memang itu yang kita nak pun,” katanya.

PRK Parlimen Kemaman yang akan diadakan pada2 Disember ini menyaksikan saingan antara bekas Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noordan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Pilihan raya itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada PRU15, Che Alias Hamid memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh 65,714 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

BHonline-

Tags: BanjirkemamanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd