• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan I-Serve: Polis Terima 115 Laporan Kerugian RM118.6 Juta

oleh Mohd Arshad
20/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelaburan I-Serve: Polis Terima 115 Laporan Kerugian RM118.6 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebanyak 115 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini dengan kerugian RM118.6 juta membabitkan pelaburan I-Serve yang dikaitkan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan MYAirline.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes tersebut.

“Buat masa ini seramai 10 orang ditahan setakat ini membabitkan kes tersebut. Kes masih dalam siasatan.

“Ini semua berkenaan penjejakan wang, akaun dan banyak forensik kewangan untuk dibuat,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini.

Pada 26 Oktober lalu, polis menahan tiga lagi suspek terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki bagi bagi membantu siasatan kes pelaburan I-Serve.

Penahanan itu menjadikan tangkapan keseluruhan seramai 10 orang termasuk pengasas bersama syarikat MYAirline, pemegang saham, peguam dan beberapa kakitangan I-Serve.

Ramli dilaporkan berkata, setakat ini, polis merampas 12 buah kenderaan dari dua suspek, dokumen berkaitan i-Serve Technology dan Vacation Sdn Bhd, enam jam tangan mewah, lapan beg tangan mewah, dua komputer riba, satu CPU dan 10 barang kemas.

Siasatan terhadap I-serve dan rangkaian syarikat di bawahnya bermula pada 17 Oktober lalu apabila pengasas bersama syarikat penerbangan tambang murah bergelar Datuk itu ditahan bersama isteri dan anaknya di kediaman mereka di Shah Alam, Selangor.

Kes disiasat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada November 2021, Utusan Malaysia melaporkan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu 22 premis milik syarikat I-Serve Online Mall Sdn. Bhd., di sekitar Selangor dan ibu negara.

Serbuan itu dijalankan susulan siasatan mendapati syarikat e-dagang itu dipercayai melakukan pelaburan tanpa lesen berdaftar dengan menerima deposit haram.

Turut dirampas beberapa dokumen berkaitan dan 45 akaun di tujuh bank dibekukan serta wang tunai keseluruhannya berjumlah RM118.7 juta disita.

UtusanOnline-

Tags: laporan kerugianPelaburan I-Servepolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd