• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Penjawat Awam Ditahan Kes Kurung, Peras Wartawan

oleh Mohd Arshad
13/11/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
3 Penjawat Awam Ditahan Kes Kurung, Peras Wartawan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Tiga penjawat awam antara enam ditahan polis kerana disyaki mengurung dan memeras wang daripada seorang lelaki warga asing.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, berkata tangkapan ke atas enam suspek dibuat Jumaat lalu, susulan satu laporan polis diterima Polis Daerah Gombak, Rabu sebelumnya.

Katanya, pengadu iaitu seorang lelaki warga asing memaklumkan bapa saudaranya minta untuk diselamatkan dengan membawa sejumlah wang.

“Pengadu kemudian dihubungi seseorang menggunakan satu nombor yang tidak dikenali melarang membuat laporan polis.

“Hasil siasatan, tiga penjawat awam dikenal pasti dan disyaki terbabit kes itu dipanggil dan ditangkap di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, polis turut menahan tiga orang awam yang disyaki terbabit dalam kes itu, selain memburu tiga lagi suspek yang masih bebas.

“Kesemua tangkapan kemudian direman dua hari dan mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, iaitu melalukan kurungan salah dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan,” katanya.

Beliau memberi jaminan, polis akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kes itu tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Justeru itu, mohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini,” katanya.

Sebelum ini, tular satu laporan polis berhubung tangkapan ke atas tiga anggota polis yang bertugas di sebuah IPD di ibu negara berkait kes berkenaan.

Difahamkan, mereka didakwa diupah oleh salah seorang suspek untuk menahan mangsa yang juga lelaki warga asing secara salah sebelum menyerahkan mangsa kepada suspek.

Terdahulu, tular juga di media sosial berhubung kejadian penculikan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga seorang wartawan sebuah media antarabangsa.

BHonline-

Tags: memerasPenjawat Awamwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd