• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konflik Palestin-Israel: Kawalan Keselamatan Di Pintu Masuk Negara Dipertingkat

oleh Mohd Arshad
08/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Konflik Palestin-Israel: Kawalan Keselamatan Di Pintu Masuk Negara Dipertingkat
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan memperkasa dan memperkemaskan lagi kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara termasuk lokasi strategik yang berisiko menjadi sasaran, susulan kelantangan negara dalam isu Palestin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis juga akan mempertingkatkan lagi risikan melalui Cawangan Khas bagi melindungi mana-mana pihak yang kemungkinan dijadikan sasaran pihak tertentu.

“Kawalan juga akan dipertingkatkan terhadap sasaran (lokasi) penting termasuk penglibatan warga asing yang ada di sini yang berkemungkinan menjadi sasaran pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di Palestin.

“Kita beri jaminan bahawa kita sentiasa mempertingkatkan kawalan dan pengumpulan risikan bagi membolehkan tindakan susulan diambil sekiranya ada sebarang cubaan pihak tertentu untuk melanggar undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) 69 Komando ke-54 di Padang Kawad Kem Sultan Nazrin Shah Ulu Kinta di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali; Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri dan Komander 69 Komando, Senior Asisten Komisioner Hamzah Hashim.

Mengulas lanjut beliau berkata, orang ramai tidak perlu bimbang atau gusar berhubung soal keselamatan negara terutama membabitkan ancaman jenayah dalam isu Palestin dan Israel.

“Setakat ini, ‘track record’ (dalam isu ancaman) yang kita ada apabila dapat mengesan awal tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Malah, dalam konteks kumpulan militan IS, sebanyak 26 cubaan melancarkan serangan dapat dipatahkan pasukan polis dalam tempoh 2013 hingga 2020.

“Jadi, rakyat tidak perlu gusar dan takut. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Isu keselamatan serahkan kepada pihak polis dan kita akan ambil langkah yang sesuai,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Konflik Palestin-Israelpintu masuk negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat: 4,994 Kes Buli, KPM Cadang Tambah Guru Kaunseling

Konflik Palestin-Israel: Houthi Yemen Bedil Israel

01/11/2023
0

SANAA, Yemen – Kumpulan pemberontak Houthi di Yemen mengisytiharkan ‘perang’ ke atas Israel dengan melancarkan peluru berpandu dan dron dari...

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

Konflik Palestin-Israel: Sudah Tiada Tempat Selamat, Masjid, Gereja Kena Bom

23/10/2023
0

PETALING JAYA – Seorang jurugambar Palestin, Motaz Azaiza, mendedahkan tiada lagi tempat selamat untuk dijadikan kawasan berlindung buat penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd