• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AAN Dorong Semangat Ahli Akademik Tulis Buku

oleh Mohd Arshad
03/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
AAN Dorong Semangat Ahli Akademik Tulis Buku
Share on FacebookShare on Twitter

PADA malam 31 Oktober 2023 telah berlangsung Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-15 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majlis yang mengiktiraf keilmiahan itu berlangsung gilang-gemilang dalam kelasnya yang tersendiri.

AAN Ke-15 disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut membacakan teks ucapan perasmian Perdana Menteri untuk majlis berkenaan.

Namun ada sisi lain turut menarik perhatian Mynewshub pada majlis itu apabila berkesempatan mendengar pandangan salah seorang penerima anugerah.

Beliau ialah Prof. Dr. Shamsul Bahri Abdul Razak, dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang merupakan penerima bagi kategori Anugerah Penerbitan Buku.

Penulis buku bertajuk Kelulutologi yang merungkai misteri kelulut, alam dan kehidupan manusia itu dengan penuh ikhlas menzahirkan ucapan terima kasih di atas penganjuran AAN.

Menurut beliau, penganjuran AAN oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sangat bermakna dalam menggalakkan lebih ramai ahli akademik untuk menulis buku.

Ujar beliau, AAN menjadi satu inisiatif yang dapat menarik minat lebih ramai ahli akademik menulis buku yang ketika ini tidak terlalu banyak insentif disediakan untuk mendorong mereka.

“Saya nampak dalam kalangan ahli akademik minat menulis buku tidak berapa meluas. Seksyen penulisan buku juga tidak ramai yang terlibat.”

“Kerajaan, Kementerian atau Universiti harus memberi lebih galakkan untuk ahli akademik menulis buku, anugerah ini antara contoh insentif yang boleh menggalakkan.”

“Jadi satu usaha yang baik oleh KPT mengadakan kategori Anugerah Penerbitan Buku dalam AAN untuk menggalakkan lebih ramai ahli akademik menulis buku,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan sebagai salah seorang pemenang.

Shamsul Bahri berkata, pada masa ini insentif untuk menggalakkan ahli akademik menulis buku bergantung kepada universiti masing-masing.

Katanya, beliau beruntung kerana menerima bantuan geran dalaman UMT dan berharap insentif untuk ahli akademik itu diperluaskan oleh semua pihak terlibat.

Justeru, katanya, beliau percaya dengan insentif yang secukupnya akan memberi lebih semangat kepada ramai ahli akademik untuk mula menulis atau terus menulis lebih banyak buku.

Berbicara tentang bukunya, beliau menjelaskan Kelulutologi ialah istilah yang beliau perkenalkan bermaksud kajian merangkumi segala aspek berkaitan kelulut.

Buku itu merupakan himpunan pengalaman beliau membuat kajian tentang kelulut selama 10 tahun bersama penternak di Malaysia dan luar negara termasuk di Brazil.

“Buku ini yang pertama tentang Kelulutologi. Buku ini menceritakan segala aspek tentang kelulut, jenis, perangai, tempat bersarang di mana, cara ternak dan sebagainya.

“Buku ini sebenarnya merupakan himpunan bersiri saya dalam media sosial. Buku ini tidak ditulis dalam bahasa saintifik maka mudah dibaca oleh masyarakat umum.

“Buku ini telah diterbit sebanyak tiga kali. Saya sudah menulis tujuh buku mengenai kelulut dan ini buku yang ke empat,” katanya.

Majlis AAN Ke-15 menyaksikan pakar penyakit berjangkit negara, Profesor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara.

Seramai empat ahli akademik lain juga telah dinobatkan sebagai penerima AAN mengikut kategori:

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal bagi kategori Bidang Sains
Prof. Madya Dr. Tan Jun Jie
Universiti Sains Malaysia (USM)

Anugerah Pengajaran bagi Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan
Prof. Madya Dr. Adibah Abdul Latif
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Anugerah Pengajaran bagi Kelompok Sains Gunaan
Dr. Norliza Mohd Isa
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
Ts. Dr Mariani Abdul Hamid
Universiti Teknologi Malaysia (UTM

-Mynewshub

Tags: AANKPTMajlis Anugerah Akademik Negara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd