• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Peralatan Sukan Sekolah Diaudit, Jamin Keselamatan Murid- Fadhlina

oleh AK-47
29/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pastikan Peralatan Sukan Sekolah Diaudit, Jamin Keselamatan Murid- Fadhlina
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG : Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit bagi menjamin keselamatan murid ketika menggunakannya semasa melakukan aktiviti bersukan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata adalah sangat penting untuk memastikan peralatan sukan dan padang sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat seiring dengan dasar kementerian yang menggalakkan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S).

“Fasiliti pembangunan sukan mesti diberi tumpuan. Di peringkat KPM selain peruntukan berkaitan sukan, kami juga sedang melihat, bagaimana nak pastikan peralatan sukan (di sekolah) diaudit agar ia berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan anak-anak,” katanya selepas merasmikan Padang Sintetik Soon Ah Koon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Serdang di sini, hari ini.

Menurutnya, dasar 1M1S juga akan diperluaskan agar kesemua murid mempunyai akses kepada permainan dan sukan sekali gus menjayakan aspirasi ke arah membudayakan sukan dalam kehidupan supaya generasi lebih sihat.

“Pembudayaan sukan harus bermula dari peringkat awal persekolahan…Paling penting dalam konteks keseluruhan, holistik pembangunan karektor (murid) ini termasuklah dalam sukan.

“Kami juga sedang berusaha agar seboleh-bolehnya sukan ini juga dapat menjadi medium perpaduan dalam kalangan pelajar,” kata Fadhlina.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan SJK (Cina) Serdang yang berusaha mendapatkan tajaan untuk mempertingkatkan fasiliti sukan di sekolah berkenaan dan berharap ia dapat dijadikan contoh yang baik kepada semua pihak.

“Padang sintetik bernilai lebih RM700,000 ini akan memberi impak cukup besar dalam pembangunan sukan anak-anak. Saya ucapkan tahniah kepada sekolah dan lembaga pengurusan sekolah yang berusaha memastikan fasiliti sukan sekolah berada pada tahap terbaik,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Fadhlina SidekPeralatan Sukan Sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aku Janji: Menteri Pendidikan Minta Semua Pihak Bertenang

Aku Janji: Menteri Pendidikan Minta Semua Pihak Bertenang

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memohon semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menerangkan...

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah disediakan oleh kerajaan bukan pinjaman atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd