• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 5,000 Berhimpun Depan Kedutaan AS, Desak Israel Lakukan Gencatan Senjata

oleh Mohd Arshad
28/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Terlupa Tarik Brek Tangan, Kereta Ditenggelami Air Pasang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 peserta berhimpun bagi Solidariti Palestin di sepanjang Jalan Tun Razak berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini selain mendesak pihak Israel melakukan gencatan senjata segera.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Terdahulu, peserta berkumpul di Masjid KLCC di sini pada pukul 2 petang sebelum berarak kira-kira satu kilometer ke Kedutaan AS.

Perarakan anjuran Pemuda Pas itu turut disertai Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan beberapa pemimpin politik lain.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, polis dari Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) mengawal ketat Kedutaan AS dan sekitar kawasan perhimpunan terbabit.

Walaupun hujan turun namun ia tidak menghalang peserta untuk menyertai himpunan tersebut dan perhimpunan tamat pada 3 petang.

Selasa lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengingatkan peserta himpunan aman agar tidak melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, ini susulan pihaknya mengesan tindakan peserta konvoi motosikal yang membawa sepanduk dan batang kayu ketika menyertai perhimpunan aman.

“Tindakan membawa dan mengibarkan sepanduk semasa menaiki motosikal adalah perbuatan menyalahi undang-undang kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Justeru kita tetap akan melaksanakan operasi lalu lintas di sekitar ibu negara bagi memastikan orang ramai patuh undang-undang khususnya peraturan jalan raya,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: gencatan senjataKedutaan Amerika SyarikatSolidariti Palestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Tok Mat Hubungi Menteri Iran Harap Gencatan Senjata Kekal

Tok Mat Hubungi Menteri Iran Harap Gencatan Senjata Kekal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan beliau telah menghubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyed Abbas Araghchi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd