• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Larikan Diri Daripada Polis Diburu

oleh AK-47
18/10/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
4 Lelaki Larikan Diri Daripada Polis Diburu
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Polis memburu empat lelaki yang melarikan diri sejauh 20 kilometer (km) menggunakan kereta selepas dikejar, awal pagi semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian 2.40 pagi itu, polis mengesan dan mengejar mereka dari kawasan Taman Senawang Indah di sini hingga ke Jalan Lee Poon, Rembau.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, bagaimanapun, sebaik tiba di jalan itu, kereta Honda Jazz dinaiki suspek terbabas dan mereka dikatakan sempat meloloskan diri.

“Unit Kereta Peronda (MPV) yang sedang melakukan rondaan rutin mengesan kereta berkenaan yang memecut dari hadapan Pasaraya Mydin Senawang sehingga ke Jalan Lee Poon.

“Kenderaan itu terbabas dan empat suspek melarikan diri ke kawasan gelap dengan meninggalkan kenderaan terbabit di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kenderaan sudah ditarik ke balai polis dan siasatan lanjut dijalankan termasuk mengenalpasti nombor pendaftarannya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkan kepada pihaknya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Maklumat boleh disampaikan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Norhasikin Hashim di talian 017-2441954 atau IPD Seremban 06-6033222,” katanya.

-Harian Metro

Tags: burularikan diripolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd