• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat: Mindef Teliti Tubuh Jabatan Hal Ehwal Veteran Setiap Negeri

oleh Mohd Arshad
18/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dewan Rakyat: Mindef Teliti Tubuh Jabatan Hal Ehwal Veteran Setiap Negeri

Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang melihat keperluan menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di setiap negeri bagi membolehkan program untuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sampai ke peringkat akar umbi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, cabaran terpaksa dihadapi kerajaan ketika ini kerana data merekodkan seramai 213,000 veteran manakala jumlah keanggotaan JHEV pula terhad untuk mengenal pasti kesemua pesara tentera.

“Kira-kira 5,000 tentera bersara setiap tahun, justeru, menyusun kerjaya kedua buat pesara adalah keutamaan kerajaan bagi memastikan mereka dapat keluar daripada garis kemiskinan.

“Kita tahu anggota di JHEV itu agak terhad untuk melihat semua veteran…sebab itu kerajaan merancang, yang pertama adalah di setiap negeri tidak ada lagi gabungan.

“Contohnya, kita tengok di Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan atau Terengganu. Jadi, kalau boleh, setiap negeri mempunyai jawatan kuasa di peringkat hal ehwal veteran itu sendiri.

“Ini yang sedang kita usahakan,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Khlir Mohd. Nor [PN-Ketereh] berhubung kesukaran veteran ATM ke pejabat JHEV yang jauh dari kawasan penempatan mereka.

Ketika ini, hanya Lembah Klang, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah mempunyai JHEV masing-masing manakala sementara Kelantan, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang, Kedah serta Negeri Sembilan dan Melaka digabung mengikut zon.

-Utusan Online

Tags: Dewan RakyatJabatan Hal Ehwal VeteranMindef
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

02/03/2026
0

Memalukan dan tidak pernah berlaku apabila usul pihak kerajaan gagal diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd