• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Belanjawan 2024 Bantu KPT Bangun Bakat Terbaik Negara

oleh Mohd Arshad
15/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peruntukan Belanjawan 2024 Bantu KPT Bangun Bakat Terbaik Negara
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Peningkatan peruntukan dalam Belanjawan 2024 kepada sektor pendidikan tinggi mampu memperhebat usaha membangunkan bakat terbaik dalam pelbagai bidang untuk negara.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata peruntukan itu juga boleh meningkatkan lagi aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pelajar serta membantu usaha pengantarabangsaan pendidikan tinggi.

“Jadi saya percaya peruntukan kepada sektor pendidikan tinggi akan terus memainkan peranan utama untuk menjayakan pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Ekspokonvokesyen UMPSA, yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah universiti berkenaan Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI pada Jumaat lalu berkata sebanyak RM16.3 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi berbanding RM15.3 bilion tahun ini.

Peruntukan RM16.3 bilion itu merangkumi peruntukan sebanyak RM20 juta untuk penubuhan pusat pengajian Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara iaitu Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled mengingatkan pihak universiti supaya mengemukakan permohonan bagi menerima peruntukan belanjawan tersebut untuk dipertimbangkan oleh kementeriannya.

“Kita nak pastikan duit yang dibelanjakan itu membawa pulangan bermanfaat dan berimpak,” katanya.

Mengenai pelaksanaan had yuran pendaftaran masuk ke universiti awam yang tidak melebihi RM1,500 mulai Januari 2024, beliau berkata inisiatif itu adalah ihsan kerajaan kepada rakyat.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan Mahasiswa Progresif Universiti Malaya (UM) yang menyatakan universiti itu menaikkan yuran perkhidmatan tanpa sebarang notis dikeluarkan.

Bernama-

Tags: Belanjawan 2024KPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd