• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Belanjawan 2024 Tidak Pinggir M40, Bantuan Awal Persekolahan Tetap Ada’ – Zahid Hamidi

oleh Mohd Arshad
15/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Belanjawan 2024 Tidak Pinggir M40, Bantuan Awal Persekolahan Tetap Ada’ – Zahid Hamidi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, dakwaan golongan M40 dipinggirkan dalam Belanjawan 2024 tidak sepatutnya timbul walaupun tidak disentuh secara terperinci oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembentangannya pada Jumaat.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, bantuan atau insentif kepada golongan itu memang ada disentuh, cuma Perdana Menteri tidak menyenaraikannya secara khususnya mengenai hal berkenaan.

Memberi contoh Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang didakwa pihak tertentu tidak diumumkan dalam Belanjawan 2024, beliau menjelaskan bantuan itu masih dikekalkan, namun tidak dijelaskan secara terperinci Perdana Menteri semasa pembentangan tempoh hari.

“Keterangkuman semua kumpulan sasar itu jelas tetapi untuk kumpulan M40, bantuan awal persekolahan dan sebagainya, itu mungkin tidak disebut secara khusus. Tetapi ada di dalamnya (Belanjawan 2024).

“Umpamanya subsidi bersasar. Itu ditujukan bukan hanya kepada B40 tetapi juga M40 iaitu dengan mengurangkan subsidi untuk kumpulan T20. Untuk Bantuan Awal Persekolahan telah sedia ada tetapi bantuan untuk pemohon masuk ke universiti , itu secara automatik diperoleh.

“Perdana Menteri menyebutkan, kalau seseorang itu mendapat tawaran masuk ke universiti tetapi tidak mempunyai kewangan, itu cara automatik dibiayai kerajaan. Yang itu kenapa tidak dilihat? Kenapa cari yang kurang walaupun itu telah ada dalam perancangan (Belanjawan 2024)?,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi wawancara Belanjawan 2024 pada program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri pagi tadi.

Sekiranya ada cadangan mahupun kekurangan dalam Belanjawan 2024, Ahmad Zahid menyarankan pihak berkenaan khususnya Ahli Parlimen supaya memanfaatkan ruang ketika membahaskan perkara itu dalam Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid menegaskan, pentingnya platform berkenaan kerana kementerian terbabit boleh mendapat idea ataupun ditegur bagi menambah baik kekurangan dalam belanjawan berkenaan.

“Jangan hanya melihat kepada negatif. Jadi dalam hal yang begini, kita menekankan jangan politikkan soal bajet ini. Kalau ada kekurangan, (tolong) berikan cadangan supaya ketika perbahasan (di Dewan Rakyat) oleh Ahli Parlimen, perkara itu boleh diambil kira.

“Seterusnya wakil kementerian yang mencatatkan perbahasan itu boleh memasukkan jawapan oleh menteri dan boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk ditambah baik,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Bantuan Awal PersekolahanBelanjawan 2024M40
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Agihan BAP Dijangka Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Ini – TKP Pendidikan

Agihan BAP Dijangka Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Ini – TKP Pendidikan

11/01/2026
0

KUALA TERENGGANU - Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada semua murid di seluruh negara dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd