• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buang Bayi Tepi Ladang Getah, Ditahan Bantu Siasatan

oleh Mohd Arshad
14/10/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Buang Bayi Tepi Ladang Getah, Ditahan Bantu Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

Pendang : Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru lahir ditemukan berselimut kain batik dan tuala dalam bakul di atas jalan berhampiran ladang getah Kampung Datuk Syed Ahmad, di sini semalam.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, bayi itu ditemukan hidup dengan kesan darah bersama tali pusat serta uri.

Beliau berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan bayi itu pada 7.05 malam semalam daripada penduduk kampung yang mengesyaki sesuatu mencurigakan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis bersama kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Tiang melakukan pemeriksaan dan mendapati bayi perempuan itu masih hidup.

“Kita percaya, bayi itu dipercayai ditinggalkan di kawasan itu kurang daripada 12 jam sebelum ditemukan. Bayi perempuan kemudiannya dihantar ke Hospital Pendang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Arriz Sham berkata, susulan itu, pihaknya menahan wanita dipercayai ibu bayi berkenaan dan lelaki yang dipercayai pasangannya dalam tangkapan berasingan untuk membantu siasatan.

“Lelaki itu ditahan pada 12 tengah hari tadi manakala wanita itu ditahan pada 12.15 tengah hari. Siasatan masih dilakukan bagaimana bayi itu ditinggalkan di kawasan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

Arriz Sham berkata, mereka akan direman esok di Mahkamah Alor Setar untuk membantu siasatan.

“Bayi itu dalam keadaan sihat dan masih dirawat di hospital dan akan diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Kes Buang Bayiladang getahsiasatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

Onn Hafiz Mahu Siasatan Menyeluruh Isu Network School Di Forest City

Onn Hafiz Mahu Siasatan Menyeluruh Isu Network School Di Forest City

14/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memandang serius kebimbangan rakyat negeri ini berhubung operasi Network School di Forest City termasuk dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd