• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Berulat Dengan Kesan Luka Di Leher

oleh Mohd Arshad
18/09/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Berulat Dengan Kesan Luka Di Leher
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH : Mayat tanpa identiti dalam keadaan berulat dan hampir reput dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam semak berhampiran kebun kelapa sawit, di Kemuning, di sini, pada Sabtu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, mayat itu ditemui kira-kira jam 10 pagi, susulan maklumat daripada orang awam yang terhidu bau busuk di kawasan terbabit sebelum menghubungi pihak Balai Polis Pulau Sebang.

Beliau berkata, pasukan polis yang ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kemudian menemui satu mayat dipercayai lelaki tanpa identiti dengan memakai seluar jeans dalam keadaan berulat dan hampir reput berada dalam semak.

“Siasatan lanjut dijalankan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri atau objek lain bersabit dengan kejadian itu.

“Malah pada mulanya kes ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) namun hasil daripada bedah siasat dijalankan mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di badan serta kepala.

“Selain pemeriksaan pada mayat juga menjumpai beberapa kesan luka tajam pada leher malah menurut pakar mangsa mengalami kecederaan parah akibat daripada objek tajam,” katanya.

Beliau berkata, meskipun terdapat satu laporan polis dibuat membabitkan kehilangan seorang lelaki tempatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, Negeri Sembilan namun identiti mangsa belum dapat disahkan.

“Sehingga kini polis masih belum dapat mengesahkan identiti sebenar mangsa dan masih menunggu keputusan Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap ahli keluarga yang lelaki yang dilaporkan hilang itu.

“Selain itu juga ahli keluarga terbabit tidak dapat mengenal pasti mangsa berdasarkan pengecaman yang dibuat kerana keadaan mayat yang hampir reput,” katanya.

Zainol berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selain orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan terus kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah bagi membantu siasatan.

-Berita Harian

Tags: kes bunuhmayat reput
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd