• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Akan Keluarkan Garis Panduan Kes Buli – Fadhlina

oleh Mohd Arshad
09/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPM Akan Keluarkan Garis Panduan Kes Buli – Fadhlina
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan garis panduan khusus berkaitan buli di sekolah sebagai langkah menangani kegiatan tidak sihat itu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan atau aktiviti buli kerana sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk setiap murid.

“Kita tidak berkompromi dalam soal kes buli, (jadi) satu garis panduan (berkaitan buli) akan dikeluarkan tidak lama lagi yang akan ada beberapa perkara yang kita sentuh termasuk buli siber.

“Hakikatnya, kita tidak boleh terima aktiviti buli ini dilakukan oleh anak-anak kita di sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pendidikan MADANI 2023 bertemakan ‘Memartabatkan Karamah Insaniah dan Membangun Generasi MADANI’ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, hari ini.

Seminar anjuran Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) dengan kerjasama USIM itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Sharfuddin Ali Hussin; Timbalan Naib Cancelor USIM, Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim dan Presiden KONGRES, Jasni Md Kechik.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, pihaknya turut menzahirkan komitmen terhadap isu jenayah seksual dan perkauman di sekolah.

“Kita tidak boleh bagi muka perkara ini (jenayah seksual dan perkauman)….perkauman berlaku di sekolah walaupun isu ini datang setahun sekali atau setiap kali menjelang pilihan raya,” katanya.

Beliau turut menegaskan KPM tidak akan mengetepikan kesatuan guru di negara ini sebagai salah satu saluran bagi menyampaikan dasar dan maklumat kementerian ke peringkat akar umbi.

Katanya, pembabitan mereka penting kerana ahli kesatuan dan guru adalah pelaksana dan pendukung dalam menentukan kejayaan sesuatu dasar baharu pendidikan negara.

“Teras kami yang pertama adalah untuk memastikan komunikasi akan sampai dan KONGRES akan sentiasa menyambut agenda kementerian,” katanya.

Sementara itu ketika sidang media, Fadhlina menegaskan pihaknya menyambut baik penganjuran seminar hari ini yang bertujuan mengangkat darjat manusia khususnya dalam memberikan akses pendidikan kepada anak-anak.

“Selari usaha melahirkan murid ABC (anak yang baik lagi cerdik) pendidik perlu diberikan kefahaman yang jitu dan mendalam berkaitan konsep karamah insaniah.

“Guru juga wajar diperkasakan dengan elemen ini melalui pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) demi memartabatkan kualiti pendidikan negara,” katanya.

BHonline-

Tags: garis panduankes buliKPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd