• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Perlu Bertanggungjawab, Bukan Tuding Jari Ke mahkamah – MUDA

oleh Mohd Arshad
06/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peguam Negara Perlu Bertanggungjawab, Bukan Tuding Jari Ke mahkamah – MUDA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara mesti bertanggungjawab penuh terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya, dan bukan menuding jari kepada pihak mahkamah.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkata pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa pihak pendakwaan dan mahkamah sedia maklum kuasa itu dan memberi perintah seperti permohonan yang dibuat oleh pendakwaan.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA, Nurainie Haziqah Shafi’i yang mewakili MUDA, berkata kenyataan Pejabat Peguam Negara, semalam berkait keputusan tidak meneruskan pertuduhan ke atas Timbalan Perdana Menteri itu dilihat menimbulkan lebih banyak persoalan daripada pencerahan.

“Kenyataan Jabatan Peguam Negara mengatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan kukuh dan diterima oleh mahkamah adalah sangat mengelirukan.

“Jabatan Peguam Negara mesti mengambil tanggungjawab penuh terhadap kenyataan yang dibuat dan bukan seolah-olah menuding jari kepada mahkamah kerana membenarkan keputusan yang dipohon oleh pihak pendakwaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Soal beliau, sekiranya alasan dikemukakan pendakwa raya itu kukuh atau ‘cogent’, adakah mereka mengatakan bahawa kes dikemukakan bekas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran (sebelum ini mengetuai pasukan pendakwaan perbicaraan rasuah dihadapi Ahmad Zahid) berlandaskan hujah yang lemah, tidak meyakinkan dan cacat cela?

“Adakah Raja Rozela dan Jabatan Peguam Negara gagal dalam melaksanakan tugas mereka sebelum ini, terutamanya apabila sudah ada prima facie dibuktikan dalam kes ini?

“Perkataan ‘cogent’ yang digunakan dalam kenyataan ringkas Jabatan Peguam Negara membawa maksud jelas, logik dan meyakinkan. Malangnya kenyataan yang dibuat adalah bertentangan dengan perkataan yang digunakan,” katanya.

Berikutan itu, MUDA mendesak Jabatan Peguam Negara lebih telus dalam menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh rakyat bagi menjaga kredibiliti institusi Peguam Negara.

Nurainie menegaskan, institusi perundangan negara ini akan terkesan kerana kes ini membabitkan Timbalan Perdana Menteri dan MUDA sama sekali tidak akan berdiam diri.

Semalam, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan, memaklumkan permohonan pihaknya untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan alasan yang dikemuka dan diterima oleh mahkamah.

Dalam kenyataan itu, Jabatan Peguam Negara memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang membuat keputusan itu sudah menyatakan bahawa alasan dikemuka pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent).

-Berita Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidimahkamahmudaPeguam Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Sukar Jawab Keputusan Mahkamah Lepaskan Ahmad Zahid

Next Post

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Titah Adendum: Peguam Negara Kata ‘Saya Tak Mahu Komen’

Titah Adendum: Peguam Negara Kata ‘Saya Tak Mahu Komen’

08/01/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar enggan mengulas mengenai Titah Adendum dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan...

Next Post
Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd