• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minat Pelajar Terhadap Bidang Sains Merosot 40 Peratus

oleh Mohd Arshad
24/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Minat Pelajar Terhadap Bidang Sains Merosot 40 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Minat pelajar terhadap bidang sains di negara ini merosot dengan ketara kepada 40 peratus pada tahun lalu berbanding 66.7 peratus 2019.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Timbalan Menteri, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Kurup, berkata data itu berdasarkan hasil Kajian Kesedaran Awam Mengenai STI (Sains, Teknologi dan Inovasi) Malaysia 2022.

Katanya, kajian yang dilakukan Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mengenal pasti empat sebab utama enrolmen rendah dalam aliran sains.

“Antara empat sebab utama enrolmen rendah dalam aliran sains adalah kerana minat pelajar lebih cenderung terhadap bidang bukan berteraskan sains.

“Kemudian, sains adalah mata pelajaran sukar untuk difahami; mata pelajaran sains sukar untuk dikuasai dan keempat tidak berminat dengan bidang sains di sekolah,” katanya pada perasmian Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.

Karnival itu dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Arthur berkata kajian sama turut mendapati 81.1 peratus responden memberi cadangan menggabungkan aktiviti praktikal di dalam kelas sebagai cara terbaik untuk meningkatkan minat pelajar dalam sains.

Katanya, ia juga bagi mewujudkan kesedaran mengenai sains bermula di sekolah rendah dan memberi lebih banyak pendedahan berkaitan sains serta kehidupan seharian.

“Mengambil kira dapatan berkaitan tahap kesedaran STI dan penurunan enrolmen dalam STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) ini, MOSTI komited menyusun dan menyelaras pelaksanaan Program Perdana Pembudayaan STI iaitu MSN dan Malaysia Techlympics,” katanya.

Arthur berkata, MSN 2023 adalah untuk meraikan kepelbagaian dan keperluan negeri dengan memberi peluang kepada penggerak dan pengamal STI tempatan mengetengahkan teknologi serta inovasi mereka kepada umum.

Sementara itu, Hajiji dalam ucapannya yang dibacakan Mohd Ariffin berkata kerajaan Sabah sentiasa menitikberatkan pembangunan dan pembudayaan STI di negeri ini.

Katanya, bagi mempergiat pembudayaan dan pengaplikasian STI di peringkat akar umbi, kerajaan negeri dengan bantuan Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS) melaksanakan beberapa program baharu seperti Anugerah Sains Sabah, Program Jelajah Astronomi Sabah dan Sabah Malaysia Techlympics 2023.

Menurutnya, Digital Internet Of Thing (IoT) Sandbox yang pertama di Borneo juga sudah beroperasi sepenuhnya di sini bertujuan menggalakkan masyarakat berdaya kreatif dan berinovasi di samping meningkatkan pengkomersialan hasil inovasi tempatan.

“Kerajaan negeri juga akan meneruskan program inovasi masyarakat luar bandar melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Pusat e-Desa. Kita juga merancang untuk menubuhkan Pusat Sains dan Inovasi di setiap zon.

“Projek yang sedang dalam proses untuk pelaksanaan ini merangkumi pembinaan Pusat Sains dan ‘Maker Space’ di Perpustakaan Negeri cawangan Sandakan dan Tawau,” kataya.

-Berita Harian

Tags: Bidang Sainspelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd