• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Ikut Model Ombudsman Sweden

oleh Mohd Arshad
22/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sarawak Ikut Model Ombudsman Sweden
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Sarawak mengambil model institusi ombudsman Sweden untuk diubah suai bagi memenuhi keperluan sistem, budaya dan amalan tempatan dalam pentadbiran di sini.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata, ini selaras dengan hasrat Sarawak untuk menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Abang Johari berkata, dengan kestabilan politik serta kedudukan ekonomi yang semakin kukuh, Kerajaan Sarawak kini berada di landasan tepat untuk mengambil model amalan terbaik institusi ombudsman Sweden.

“Ia penting dalam usaha kita menubuhkan ombudsman Sarawak sebagai jentera kerajaan, sekali gus memastikan tadbir urus yang baik, telus dan berintegriti.

“Institusi ombudsman amat penting dalam menjaga hak dan kepentingan rakyat dan pada masa yang sama menggalakkan tadbir urus yang baik dan berkesan,” katanya dalam laporan yang disediakan Unit Komunikasi Awam Sarawak dari Stockholm, Sweden, hari ini.

Abang Johari yang mengetuai rombongan kerajaan Sarawak mengadakan lawatan kerja ke Sweden, mulai semalam.

Dalam lawatan itu, beliau diberi taklimat oleh Ketua Ombudsman Parlimen Sweden, Erik Nymansson dan Penasihat Undang-undang Kanan, Pengarah Penyelaras Antarabangsa Parlimen Sweden, Charlotte De Geer Fallman.

Abang Johari berkata, Sarawak memilih Sweden sebagai model sistem Ombudsman kerana itu antara yang tertua di dunia iaitu sejak tahun 1809 dan menjadi tempat rujukan terbaik.

Mengiringi beliau dalam lawatan itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Duta Besar Malaysia ke Sweden, Hafizah Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Turut serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali; Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ahmad Nazri Mohd Hassan; Peguam Besar Negeri Sarawak, Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid; Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar; Timbalan Peguam Besar Negeri Sarawak, Datuk Saferi Ali dan Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Semawi Mohamad.

BHonline-

Tags: Model Ombudsman Swedensarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd