• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkasa Tak Wajar Kenakan GST Terhadap Caj Potongan Yuran

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendesak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) supaya tidak mengenakan Cukai Barang dan Perhidmatan (GST) ke atas caj perkhidmatan potongan yuran anggota kesatuan berkenaan.

Setiausaha Agung NUTP Loke Yim Pheng berkata GST sepatutnya diserap oleh Angkasa memandangkan NUTP adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berasaskan keuntungan.

“Rasanya sudah memadai NUTP membayar caj perkhidmatan untuk setiap potongan yuran anggota melalui potongan gaji yang diuruskan Angkasa… tak perlulah dikenakan GST lagi ke atas perkhidmatan itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

NUTP turut berharap kerajaan dapat meneliti perkara itu memandangkan kesatuan merupakan sebuah badan yang melindungi kebajikan hampir 200,000 anggota.

Selain itu, katanya Angkasa tidak wajar mengenakan GST terhadap caj perkhidmatan potongan gaji untuk anggota yang membeli insurans di bawah NUTP.

“Ini kerana syarikat insurans turut mengenakan GST terhadap pemegang insurans berdasarkan nilai premium dibeli,” katanya sambil menyuarakan kekecewaan terhadap pihak Angkasa yang seolah mengelak untuk berbincang mengenai perkara tersebut. – BERNAMA

Tags: AngkasaGST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd