• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Peringati Ulang Tahun Ke-78 Serangan Bom Atom Di Nagasaki

oleh Mohd Arshad
09/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jepun Peringati Ulang Tahun Ke-78 Serangan Bom Atom Di Nagasaki
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO: Jepun pada Rabu memperingati mangsa serangan bom atom di bandar Nagasaki, 78 tahun lalu, dengan rayuan kepada negara-negara kuasa nuklear, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Datuk Bandar Nagasaki, Shiro Suzuki, berkata negara kuasa nuklear harus “menunjukkan keberanian” dan menjauhi idea penggunaan nuklear sebagai senjata.

Kenyataan Datuk Bandar itu dibuat ketika upacara peringatan diraikan secara sederhana kerana ancaman taufan.

Disebabkan ribut, tetamu dari dalam dan luar negara termasuk Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, tidak dapat menghadiri majlis itu.

Buat pertama kali sejak 1963, acara peringatan itu tidak diadakan di Taman Keamanan, tetapi di dewan pameran di bandar itu.

Mereka yang hadir pada majlis itu bertafakur pada 11.02 pagi (0202 GMT) untuk menandakan masa pada 9 Ogos 1945, apabila bom atom digugurkan oleh AS dan meletup di Nagasaki.

Di Nagasaki sahaja, kira-kira 70,000 orang terbunuh akibat kesan langsung manakala 75,000 yang lain cedera.

Tiga hari sebelum itu, AS telah menghancurkan Hiroshima dengan bom atom yang lain. Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.

Bernama-

Tags: Bom AtomjepunNagasakiperingati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd