• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sweden Mahu Kukuhkan Hubungan Dengan Negara Islam

oleh Mohd Arshad
06/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sweden Mahu Kukuhkan Hubungan Dengan Negara Islam
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON: Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara Islam, kata Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom, ketika Stockholm berdepan kritikan atas insiden penghinaan berulang kali terhadap kitab suci Al-Quran di negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan, semalam, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Billstrom mengadakan perbualan dengan lebih 20 duta negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di ibu negara Sweden pada Jumaat lalu.

“Memulihkan kepercayaan dan keyakinan mengambil masa. Saya akan menumpukan sebahagian besar daripada tempoh pilihan raya ini untuk mengukuhkan hubungan dengan negara Islam,” kata Billstrom.

Beliau berkata, Kerajaan Sweden ‘menolak sekeras-kerasnya’ pembakaran kitab suci itu, sambil menjelaskan Kementerian Kehakiman sudah memulakan analisis dan sedang mengusahakan terma rujukan siasatan untuk mengkaji semula Akta Ketenteraman Awam.

Awal minggu ini, Menteri Kehakiman, Gunnar Strommer dilaporkan berkata, satu penyelesaian yang berpotensi untuk mencegah kejadian sama daripada berulang, adalah dengan menggunakan kuasa kecemasan bawah Akta Ketenteraman Awam.

Menteri Hal Ehwal Sosial Sweden, Jakob Forssmed juga mengadakan pertemuan dengan wakil daripada organisasi berbeza agama di Stockholm pada Jumaat lalu.

Bernama-

Tags: hubungannegara islamSweden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Bilionair Sweden Hulur RM350 Juta, Bantu Kanak-Kanak Gaza Melalui UNICEF

Bilionair Sweden Hulur RM350 Juta, Bantu Kanak-Kanak Gaza Melalui UNICEF

26/03/2026
0

GEORGETOWN – Seorang bilionair Sweden dilaporkan menyumbang dana besar bagi membantu kanak-kanak terjejas di Gaza, sekali gus mencuri perhatian dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd