• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jentera PH-BN Bekerjasama Yakinkan Pengundi

oleh AK-47
06/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Jentera PH-BN Bekerjasama Yakinkan Pengundi
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Dulu lawan kini kawan. Kesepaduan ditunjukkan jentera Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan menjadi medan ujian kerjasama kali pertama bagi kedua-dua pihak itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Genap seminggu berkempen, atas semangat sepasukan, gabungan jentera parti itu adalah satu kekuatan untuk memastikan misi terbentuknya Kerajaan Perpaduan di negeri ini tercapai.

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan Chiew Chi Kin, 42, berkata walaupun sejarah perseteruan antara PH dan BN yang panjang, demi kestabilan politik di negeri ini, kedua-dua pihak bekerja keras bagi meraih kemenangan pada hari pengundian 12 Ogos nanti.

“Kerjasama itu ditunjukkan melalui pembukaan bilik gerakan PH di kawasan strategik bagi membantu calon BN yang bertanding di kawasan terbabit seperti di DUN Linggi dan DUN Bagan Pinang bagi menarik seramai mungkin pengundi untuk menyokong koalisi (parti gabungan) Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, jentera BN pula membantu memberikan penjelasan terutamanya di kawasan ditandingi PH yang sebelum ini sukar ditembusi parti itu terutamanya di kawasan luar bandar yang menjadi kekuatan BN.

Bagi petugas jentera BN Sarfarizmal Saad, 36, walaupun merasa sedikit janggal pada awalnya, berpegang pada prinsip untuk memastikan negeri ini diterajui oleh gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, segala perbezaan itu perlu diketepikan.

Petugas kempen PH Ashraf Mohd, 38, daripada PKR berkata kekuatan BN memberikan nilai tambah kepada perjalanan kempen parti gabungan Kerajaan Perpaduan dan sokongan yang diterima amat memuaskan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

-Berita Harian

Tags: BNJentera PH-BNpengundiPHPRN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum...

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerjasama dan rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd