• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sita 5 Lamborghini Dipandu Secara Berbahaya

oleh Mohd Arshad
31/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Sita 5 Lamborghini Dipandu Secara Berbahaya
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Polis menyita lima Lamborghini yang dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi, selepas rakaman video memaparkan insiden itu tular, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya juga sudah membuka kertas siasatan terhadap lima pemandu kereta mewah berkenaan.

“Kita telah membuka satu kertas siasatan atas kes itu dan ia akan dilengkapkan dalam masa terdekat.

“Hasil ujian saringan awal air kencing kesemua pemandu terbabit adalah negatif bahan terlarang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Beliau mengulas penularan rakaman video berdurasi 71 saat yang memaparkan beberapa kereta Lamborghini dipercayai berkonvoi, memotong laluan secara berbahaya di lebuh raya berkenaan.

Kamarul Zaman sekali gus menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang dan berhemah ketika menggunakan kemudahan awam itu.

“Kita mengalu-alukan kehadiran sesiapa saja yang ingin bercuti dan sebagainya di negeri ini, namun perlulah berdisiplin dan mengikut peraturan.

“Jalan raya dan kenderaan kini ada kamera litar tertutup, jadi berhati-hatilah. Pengguna jalan raya yang melakukan perkara tidak elok… andai dirakam dan ditularkan, ia akan menyebabkan anda diambil tindakan. Oleh itu, berhati-hati,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis mengambil keterangan lima lelaki warga tempatan berusia 44 hingga 64 tahun selepas mengesan Lamborghini dipandu mereka itu di sekitar kawasan Desaru kira-kira jam 11.40 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, dipetik berkata kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

BHonline-

Tags: Lamborghinipolissita kenderaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Lamborghini Disita JPJ Kerana Tiada Cukai Jalan, Guna Nombor Plat ‘Fancy’

Lamborghini Disita JPJ Kerana Tiada Cukai Jalan, Guna Nombor Plat ‘Fancy’

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Sebuah kereta mewah jenis Lamborghini disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati melakukan beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd