• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemasukan Tingkatan Enam Hanya Melalui Pengetua Sekolah

oleh AK-47
23/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kemasukan Tingkatan Enam Hanya Melalui Pengetua Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kemasukan pelajar bagi menyambung pengajian ke Tingkatan Enam kini hanya perlu melalui pengetua sekolah dan tidak lagi perlu memohon tawaran kemasukan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kuasa autonomi yang diberikan kepada pengetua merupakan antara usaha kerajaan dalam membantu melonggarkan syarat kemasukan ke peringkat pendidikan itu sekali gus mengurangkan isu keciciran pelajar.

“Sebelum ini permohonan tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) menerusi KPM, dengan kuasa yang ada pengetua sudah boleh ambil murid Tingkatan Enam.

“Kita bagi autonomi supaya pengetua boleh cari siapa yang tak ada ruang belajar atau tak boleh sambung belajar untuk dia ambil pelajar itu masuk terus. Tak perlu tunggu tawaran daripada KPM,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Himpunan Pewaris Generasi Madani di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma), di sini, pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata, kerajaan kini juga memberikan perhatian terhadap penjenamaan semula Kolej Tingkatan Enam kepada Kolej Pra Universiti KPM bagi menaik taraf sistem pendidikan berkenaan.

Selain itu, katanya tumpuan juga diberikan kepada pelajar B40 lepasan STPM supaya merek dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Kita ada lagi insiatif-inisiatif untuk pelajar Tingkatan Enam yang sedang kita angkat bagi memastikan laluan mereka menyambung pengajian diperkukuhkan.

“Memandangkan pelajar lepasan STPM ini kebanyakan daripada keluarga B40, kita mahu pastikan pendidikan mereka ini terus diberikan perhatian dan dijamin untuk terus mendapat akses serta peluang belajar,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: KPMPengetua Sekolahtingkatan enam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd