• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salahuddin Berada Dalam Keadaan Stabil

oleh Mohd Arshad
23/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Salahuddin Berada Dalam Keadaan Stabil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil walaupun masih agak kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pasukan perubatan sedang membuat pemantauan rapi terhadap kesihatan Salahuddin selepas selesai menjalani pembedahan semalam.

“Alhamdulillah, pembedahan semalam berjaya. Sama-sama kita doakan kesihatan beliau, insya-Allah sihat seperti sedia kala.

“Beliau masih berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB dan insya-Allah saya juga akan melawat beliau hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Program Madani Afiat & One Hour Malaysia Clean Up peringkat negeri Terengganu di Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, di sini, hari ini.

Zaliha bagaimanapun enggan mendedahkan punca berlakunya pendarahan otak yang menimpa Ahli Parlimen Pulai itu.

Terdahulu, Salahuddin dilaporkan menjalani pembedahan di HSB awal pagi semalam setelah dikejarkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 10.15 malam Jumaat lalu.

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri KPDN, Syakirin Husnal, Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh pakar di hospital berkenaan.

-Utusan Online

Tags: Salahuddin Ayubstabil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pastikan Johor Terus Aman, Stabil, Maju Dan Makmur – Onn Hafiz

Pastikan Johor Terus Aman, Stabil, Maju Dan Makmur – Onn Hafiz

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) berpegang kepada satu matlamat demi Bangsa Johor iaitu memastikan Johor terus aman,...

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd