• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: BN Umum Calon Bertanding Malam Ini

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRN: BN Umum Calon Bertanding Malam Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi mengumumkan calon yang akan bertanding di enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahmad Zahid tiba pada jam 8.43 malam dan dijangka akan mengumumkan lebih 100 calon yang bertanding dalam PRN pada 12 Ogos nanti.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selain calon yang akan diumumkan, Dewan Tun Hussein Onn, WTCKL turut sesak dan dipenuhi oleh ahli serta penyokong BN.

PRN kali ini menyaksikan buat julung kalinya BN bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) melalui Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

BN akan menampilkan calon-calon daripada Umno berikutan parti komponennya, MIC dan MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam PRN.

Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan ialah pada 8 Ogos.

-Harian Metro

Tags: BNCalonPRNUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan...

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd