• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Objek Bawah Kereta Siti Kasim Dipercayai Bom Jenis IED

oleh AK-47
21/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Objek Bawah Kereta Siti Kasim Dipercayai Bom Jenis IED
Share on FacebookShare on Twitter

Dua botol plastik yang dijumpai di bahagian bawah kereta milik peguam Siti Kasim disyaki bahan letupan termampat (IED), kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata objek menyerupai bahan letupan itu diletakkan di brek bahagian tayar sebelah belakang kereta jenis Toyota Celica milik peguam dan aktivis sosial berkenaan.

“Polis menerima panggilan daripada peguam itu pada 12.58 tengah hari ini yang memaklumkan terdapat objek seperti bom diletakkan di bahagian brek keretanya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata objek itu dikesan oleh mekanik sebuah pusat servis kenderaan di Bangsar ketika kereta tersebut dihantar untuk penyelenggaraan sebelum peguam berkenaan memulakan perjalanan ke Kelantan.

Berikutan insiden itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati laluan utama di Jalan Maarof ditutup kira-kira tiga jam selain dipantau ketat oleh polis.

Ditanya sama ada bahan letupan itu masih aktif dan menggunakan alat kawalan jauh, Amihizam berkata siasatan lanjut akan dilaksanakan untuk mengesahkan beberapa elemen objek yang ditemukan itu.

“Belum tahu sama ada bom itu boleh dikawal atau tidak. Masih dalam siasatan dan bahan letupan ini ada beberapa elemen untuk sahkan benda itu. Jadi, kita kena hantar kepada pakar kerana mereka terpaksa ‘bina balik’ baru dapat sahkan perkara itu,” katanya.

Selain pegawai dan anggota polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian, turut berada di lokasi Unit Pemusnah Bom (UPB), serta pasukan bomba dan penyelamat.

Amihizam berkata polis belum mengambil kenyataan daripada Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim, bagaimanapun peguam dan aktivis sosial itu secara lisan memaklumkan tidak menerima sebarang bentuk ancaman.

Katannya kawasan itu kembali dibuka seperti biasa pada 5.45 petang.

Sementara itu, Siti Kasim ketika ditemui di lokasi kejadian berkata sebelum ini beliau pernah berhadapan pelbagai bentuk ancaman berbahaya susulan isu yang dibangkitkannya sebagai aktivis sosial, namun tidak pernah mengalami kejadian seperti hari ini.

-Malaysia Kini

Tags: Bom Jenis IEDsiti kasim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd