• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penahanan Sanusi Dengan Anwar Pada 1998 Tak Sama – Fahmi

oleh Mohd Arshad
19/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penahanan Sanusi Dengan Anwar Pada 1998 Tak Sama – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Naratif yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak yang menyamakan penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan peristiwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan pada 1998 adalah tidak tepat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, berkata sebaliknya perbandingan yang lebih tepat bagi kes Muhammad Sanusi adalah persamaan situasi penahanan seorang lelaki warga emas pada 2021 kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengaibkan terhadap Menteri Besar Kedah itu.

“Lain (menyamakan penahanan Anwar dengan Sanusi)… inilah naratif yang cuba dimainkan (pihak tertentu). Tetapi realitinya pada 2021 ada seorang pakcik lewat 60-an yang ditahan pada jam 3 atau 4 pagi kerana didakwa menghina Muhammad Sanusi.

“Maka bagi saya mungkin itu perbandingan yang lebih tepat,” katanya, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas berhubung laporan media yang menyamakan penahanan Muhammad Sanusi pada jam 3 pagi semalam seperti mengimbas kembali penahanan Anwar pada 1998.

Pada 9 Ogos 2021, seorang lelaki berusia 61 tahun ditangkap atas kes menghina Muhammad Sanusi selaku Menteri Besar Kedah.

Warga emas berkenaan dilaporkan ditangkap pada jam 3.57 pagi di sebuah rumah di Lenggeng, Negeri Sembilan dan kemudian ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung video yang didakwa sengaja mengaibkan Sanusi.

Semalam, Muhammad Sanusi ditahan polis sekitar jam 3 pagi di Kuala Lumpur berikutan beliau gagal dihubungi polis bagi memaklumkan supaya hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor.

Beliau kemudian mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.

BHonline-

Tags: Anwar IbrahimFahmi Fadzilmuhammad sanusi md norPH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd