• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM: Kenyataan Kabinet Bersih Rasuah Berdasarkan Laporan Pihak Berkuasa

oleh AK-47
18/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PM: Kenyataan Kabinet Bersih Rasuah Berdasarkan Laporan Pihak Berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kenyataannya berhubung prestasi Menteri Kabinet yang bebas rasuah adalah berdasarkan laporan hasil pemantauan pihak berkuasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Anwar berkata Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini mempertikaikan kenyataannya itu, seharusnya perlu meneliti ucapannya yang dibuat berhubung perkara itu.

“Syed Saddiq perlu teliti ucapan saya, lapan bulan saya jadi perdana menteri dan dari semasa ke semasa saya ikuti laporan daripada Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terutamanya,” katanya selepas merasmikan Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di Sekinchan, hari ini.

Justeru, Anwar berkata dia berpuas hati dan bersyukur tidak ada kes yang menjejaskan integriti barisan kabinet di bawah pimpinannya.

Sebaliknya, Anwar menasihatkan ahli parlimen Muar itu untuk memberi perhatian kepada kes-kes rasuah melibatkan jumlah berbilion ringgit.

“Tanggungjawab saya dalam kerajaan Madani menjaga supaya jangan ada amalan ‘sakau’. Jadi laporan saya itu berdasarkan prestasi lapan bulan yang dipantau rapi oleh agensi penguatkuasaan tanpa mengira kedudukan dan parti termasuk parti kerajaan,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: PIHAK BERKUASApm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd