• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Seksual: Polis Akan Panggil Saksi, Jurulatih ‘Dodgeball’

oleh Mohd Arshad
16/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gangguan Seksual: Polis Akan Panggil Saksi, Jurulatih ‘Dodgeball’
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Polis akan memanggil semua pihak berkaitan termasuk jurulatih ‘dodgeball’ yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap beberapa murid sebuah sekolah rendah di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita akan panggil semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu dalam masa terdekat bagi dirakam percakapan.

“Buat masa ini, kita belum menahan jurulatih itu dan akan memanggil saksi untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, berdasarkan laporan polis yang dibuat guru besar sekolah terbabit, jurulatih itu dikatakan telah menanggalkan seluar murid, mencubit puting dada murid lelaki dan menyuruh murid perempuan merangkak di celah kangkang.

Dalam laporan polis dibuat pada 26 Jun lalu itu turut mendakwa jurulatih terbabit bertindak mengacah untuk menjatuhkan kayu di atas bahagian kemaluan murid lelaki.

Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), Datuk N. Radhakrishnan dilaporkan berkata, pihaknya menerima aduan daripada Biro Kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

UtusanOnline-

Tags: gangguan seksualjurulatihpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd