• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tesla Setuju Tubuh Ibu Pejabat Di Cyberjaya

oleh AK-47
14/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tesla Setuju Tubuh Ibu Pejabat Di Cyberjaya
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Tesla Inc bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penting pengeluar kereta elektrik (EV) di rantau ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk dalam pertemuan secara maya menzahirkan persetujuan menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

“Ini adalah hal yang menyakinkan kepada pemacuan ekonomi negara. Justeru, dengan kemasukan Tesla ke Malaysia, ia akan memacu ekosistem EV negara.

“Saya memberi jaminan kepada Musk. Saya meminta Menteri Pelaburan, Perdangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya memberi ruang dan perhatian untuk memenuhi keperluan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan melalui persidangan video bersama Musk.

Ia turut disertai Tengku Zafrul dan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil.

Menerusi sidang video itu, Anwar turut mengucapkan tahniah dan dokongan kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Musk di Selangor pada tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih seawal 2050.

“Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik.

“Kami turut berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minimum bagi meningkatkan rangkaian internet global.

“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” katanya.

Dalam perbincangan maya bersama Musk juga, Anwar berkata, dua lagi syarikat milik hartawan berkenaan iaitu syarikat aeroangkasa, SpaceX dan Stalink yang juga penyedia internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan pendaman rendah yang dikendalikan SpaceX juga bercadang jadikan Malaysia sebagai hab syarikat berkenaan.

“SpaceX sebagai contoh yang dilancarkan pada 2009 di mana Malaysia telah memberi ruang awal kepada mereka berbanding negara lain.

“Berikutan itu, Musk menghargai komitmen yang dilaksanakan Malaysia. Saya tidak akan mengambil kredit di atas usaha kerajaan kerana ia dilaksanakan kepimpinan sebelum ini.

“Saya meminta Tengku Zafrul dan Fahmi untuk membantu memberi perhatian kepada perkara ini.

“Berdasarkan sokongan Malaysia, Musk menyatakan persetujuan untuk datang ke Malaysia tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Saudi Aramco ketika menyertai persidangan Energy Asia 2023 turut menyatakan cadangan untuk mengembangkan perniagaan mereka di Johor.

“Ketika pertemuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, negara berkenaan juga mahu jadikan Malaysia sebagai hab minyak dan gas (O&G),” katanya.

Anwar menjelaskan, komitmen yang dinyatakan syarikat gergasi dunia jelas menunjukkan ada kelebihan meluaskan pelaburan ke negara ini.

Beliau berkata, dengan komitmen itu juga, ia membuka ruang kepada negara bertapak semula sekiranya berjaya menarik pelabur besar ke Malaysia.

“Dalam pada negara berdepan paras hutang yang tunggu, defisi dan cabaran ekonomi global, berita baharu membabitkan cadangan pelaburan ini menjadikan sesuatu yang boleh membantu dan diharapkan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: cyberjayaIbu PejabatTesla
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Selepas Kehilangan Anak Saudara, Kami Hilang Lagi Seorang Saudara’ – Keluarga Mangsa Bunuh Di Cyberjaya

“Selepas Kehilangan Anak Saudara, Kami Hilang Lagi Seorang Saudara’ – Keluarga Mangsa Bunuh Di Cyberjaya

27/06/2025
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak tahu bagaimana nak respons, kami dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi saudara pagi ini," kata Datuk Rajpal...

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, dengan majoriti warganet mempersoalkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd