• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duit Selalu Dicuri, Warga Nepal Dipercayai Bunuh Rakan Serumah

oleh Mohd Arshad
13/07/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Duit Selalu Dicuri, Warga Nepal Dipercayai Bunuh Rakan Serumah
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Seorang lelaki warga Nepal direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegara menggunakan sebatang kayu dan kabel telefon yang berlaku di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam di sini, petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perintah reman sehingga 19 Julai ini dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam terhadap suspek berusia 20 tahun yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, soal siasat awal mendapati, suspek bertindak demikian berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan dendam apabila mangsa dikatakan selalu meminjam duit, mencuri duit serta lambat membuka pintu apabila suspek pulang ke rumah.

Beliau berkata, mayat mangsa berumur 32 tahun ditemui majikannya dalam keadaan berlumuran darah dan tidak berbaju di sebuah rumah kedai tiga tingkat di taman berkenaan, kira-kira pukul 6.42 petang.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati satu mayat lelaki warga Nepal dijumpai dalam tandas kediamannya dalam keadaan tidak berbaju.

“Polis turut menjumpai sebatang kayu dan kabel telefon berhampiran dengan mayat tersebut. Hasil maklumat orang awam, polis dapat mengenal pasti lokasi suspek yang terlibat seterusnya telah menangkapnya dalam sebuah bas di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas Linggi pukul 11.30 malam, semalam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa dan suspek bekerja di tempat sama sebagai pembantu di sebuah restoran.

“Ketika diberkas, suspek dipercayai sedang dalam perjalanan untuk melarikan diri ke utara tanah air,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: kes bunuhwarga nepal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd