• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkatan Enam Dijenamakan Semula -Fadhlina

oleh Mohd Arshad
13/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tingkatan Enam Dijenamakan Semula -Fadhlina
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tingkatan enam bakal dijenamakan semula sebagai salah satu usaha bagi memastikan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) terus menjadi pilihan untuk melanjutkan pelajaran.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan, penjenamaan itu termasuklah memperkenalkan kelonggaran syarat rayuan kemasukan tingkatan enam.

“Sebelum ini, semuanya melalui tawaran Kementerian Pendidikan, baru boleh masuk tingkatan enam. Tetapi ke hadapan, dalam usaha beri peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, kita meneliti kelonggaran syarat rayuan bagi kemasukan STPM.

“Kementerian Pendidikan merangka strategi bagi pemberian autonomi kepada pengetua pusat tingkatan enam untuk pengambilan pelajar sekiranya masih terdapat kekosongan.

“Jadi, pengetua boleh kenal pasti pelajar berpotensi yang memerlukan peluang menyambung, boleh gunakan kuasa untuk membuat tawaran sendiri kepada mereka,” katanya ketika hadir Majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM.

Pada masa sama, katanya, Kementerian Pendidikan juga berhasrat untuk menjenamakan semula Kolej Tingkatan Enam yang menggambarkan imej baharu.

“Antaranya, menjenamakan Tingkatan Enam kepada Kolej Pra-Universiti dan istilah sistem seperti murid kepada pelajar, guru kepada pensyarah, pengetua kepada pengarah, guru penolong kanan kepada timbalan pengarah,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan juga sedang meneliti laluan khas bagi meningkatkan bilangan guru cemerlang tingkatan enam.

“Jumlah mereka hanya 0.5 peratus atau lebih kurang 60 orang setakat ini, daripada jumlah keseluruhan guru akademik.

“Jadi, dalam usaha meningkatkan kualiti profesionalisme guru akademik dalam pendidikan, Kementerian Pendidikan menyediakan laluan khas guru cemerlang ke arah meneliti semula instrumen dan rubrik bagi penilaian guru cemerlang tingkatan enam,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Fadhlina Sidektingkatan enam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek disaran meletak jawatan....

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd