• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Sindir Hadi, Konon Hebat Tapi Gagal Tawan Terengganu

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan timbalan presiden Mohamad Sabu semakin lantang mengkritik kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad atau lebih dikenali “Mat Sabu” yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan PAS 2015, mempertikaikan kegagalan Abdul Hadi untuk menawan Terengganu, selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

“Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta ‘parking’ berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN)).

“(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan Parti Keadilan (Rakyat), dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat,” katanya pada ceramah isu semasa PAS di sini, malam tadi.

Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Abdul Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan parti nanti.

Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan membawa PAS keluar daripada pakatan pembangkang jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Ramai pemerhati politik melihat pemilihan PAS pada muktamar tahunan pada 4 hingga 6 Jun itu nanti sebagai pertandingan antara golongan ulama dan bukan ulama atau ‘erdogan’.

Mat Sabu yang dilihat pemerhati politik sebagai pro kepada DAP, turut memberikan contoh senario di Kelantan sekitar 80-an ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin PAS Kelantan, tapi gagal memerintah negeri itu kerana tidak bergabung dengan parti pembangkang.

“Bila lahir parti Semangat 46. PAS berpakat dengan Semangat 46 (untuk) lawan UMNO dan kita menang semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen (di Kelantan).

“Ertinya sehebat-hebat (Allahyarham) Nik Aziz, dalam hal pilihan raya umum, (tetap) tak boleh ambil Kelantan (dari BN) melainkan bila tahaluf (bekerjasama) dengan Semangat 46. Ertinya dalam politik ini kita pakat, undi banyak, kita berpecah, undi kurang,” katanya.

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita berkata beliau akan terus mengekalkan PAS dalam pakatan pembangkang jika dipilih menerajui parti itu nanti. – BERNAMA

Tags: Mat SabuPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd