• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi

oleh Mohd Arshad
06/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membuat ketetapan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTSA) untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata keputusan itu dibuat melalui Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 21 Jun lalu.

Katanya, kerajaan negeri menyedari kepentingan mahasiswa dan mahasiswi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih demi masa depan negara.

“Pembabitan mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya memberi impak yang sangat besar untuk membina negara melalui pentas demokrasi.

“Justeru, hak mereka sebagai pemilih tidak boleh dinafikan hanya disebabkan tekanan ekonomi dan kos sara hidup.

“Berikutan situasi itu adalah dijangkakan kos perkhidmatan pengangkutan akan meningkat dan terhad disebabkan permintaan yang tinggi sewaktu musim pilihan raya, sekali gus membebankan penuntut serta ibu bapa,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, perkhidmatan itu akan diuruskan Jawatankuasa Khas yang diketuai Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dan Pejabat Pembangunan Negeri.

Beliau berkata, tarikh perjalanan pulang bermula 6 hingga 11 Ogos ini, manakala tarikh kembali ke destinasi asal pula pada 13 hingga 15 Ogos.

“Untuk keterangan lanjut hubungi Pejabat Pengarah Pembangunan Negeri di talian 09-7481180.

“Mahasiswa dan mahasiswi bebas menggunakan hak mereka untuk memilih mana-mana calon atau parti politik yang bertanding tanpa terikat dengan syarat. Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meringankan beban mereka dan ibu bapa,” katanya.

BHonline-

Tags: IPTAKelantanperkhidmatan basPRN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd