• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Kedai Dituduh Bunuh Teman Wanita

oleh Mohd Arshad
30/06/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pembantu Kedai Dituduh Bunuh Teman Wanita
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Seorang pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya ketika bergaduh di sebuah rumah kedai, minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Saini Izwandy Sofian Sani, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, Saini Izwandy didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada Shahwani Abdullah, 24, di sebuah rumah di Taman Song Choon, di sini jam antara 5 petang Sabtu hingga 4.54 pagi Ahad lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya N. M Moganaraj Mithra, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Ogos depan bagi sebutan semula sementara menunggu laporan kimia dan lantikkan peguam.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya yang berada di bawah pengaruh dadah di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon di sini minggu lalu.

BHonline-

Tags: bunuh teman wanitaDituduhpembantu kedai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Bunuh Teman Wanita Sudah Sedar, Namun Tindak Balas Perlahan

Suspek Bunuh Teman Wanita Sudah Sedar, Namun Tindak Balas Perlahan

31/01/2026
0

BATU PAHAT: Suspek lelaki yang kritikal selepas mengelar leher dan pergelangan tangan sebaik disyaki membunuh teman wanitanya di sebuah rumah...

Pembantu Kedai Mengaku Tinggalkan Bayi Baru Dilahirkan Di Kedai Makan

Pembantu Kedai Mengaku Tinggalkan Bayi Baru Dilahirkan Di Kedai Makan

07/02/2025
0

KANGAR: Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kesalahan meninggalkan seorang bayi perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd