• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Koperal Udara Syuib Dikebumi Di Kemaman

oleh Mohd Arshad
26/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jenazah Koperal Udara Syuib Dikebumi Di Kemaman
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jenazah jurulatih Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang maut ketika menjalani latihan menembak senjata bantuan dan bom lempar di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, semalam, akan dikebumikan di Kemaman, Terengganu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jenazah Koperal Udara Mohd Syuib Bidin, 33, dibawa menggunakan helikopter EC 725 milik TUDM dari Hospital Segamat ke Kolej Vokasional Kemaman kira-kira jam 10 pagi hari ini.

Helikopter itu diterbangkan dari Kem 4 Rejimen Artileri Diraja Gemas ke kolej berkenaan selepas menerima panggilan dari Markas Wilayah Udara 1 (TUDM Kuantan) jam 12.36 tengah malam tadi.

Jenazah dirancang dibawa pulang ke kampung halaman isterinya, Nur Faziera Izam di Kampung Lot Sri Jaya, Binjai, Kemaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kapur, Kemaman.

Terdahulu, media melaporkan dua anggota TUDM maut selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, semalam.

Difahamkan seorang jurulatih lagi parah dalam kejadian jam 12 tengah hari itu ketika mereka menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit.

BHonline-

Tags: dikebumiJenazah Koperal Udara SyuibTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19/08/2025
0

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya kes pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd