• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembubaran DUN Terengganu Selepas 26 Jun

oleh Mohd Arshad
22/06/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pembubaran DUN Terengganu Selepas 26 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG : Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu selepas 26 Jun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, beliau tidak menolak kemungkinan proses berkenaan berlaku antara 27 hingga 28 Jun memandangkan tarikh tersebut merupakan masa paling sesuai.

“Bergantung kepada beliau (Ahmad Samsuri) tetapi saya percaya pembubaran DUN diumumkan selepas Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin di Istana Syarqiyyah sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Terengganu pada 26 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok Kediaman (RTB) DUN Alur Limbat di Bukit Payung, di sini, hari ini.

Setakat ini, hanya Terengganu belum mengumumkan tarikh rasmi pembubaran DUN bagi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Bagaimanapun, DUN Terengganu akan terbubar dengan sendirinya pada 30 Jun ini.

Sementara itu, tarikh pembubaran DUN di lima negeri lain ditetapkan lebih awal iaitu Kelantan pada 22 Jun, Selangor (23 Jun), Pulau Pinang (28 Jun), Kedah (28 Jun) dan Negeri Sembilan (30 Jun).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Pas memenangi 22 DUN manakala Barisan Nasional (BN) pula 10 DUN.

Dalam pada itu, Ariffin memberitahu, agihan kerusi untuk ditandingi pada PRN melibatkan rakan gabungan Perikatan Nasional (PN) di Terengganu telah selesai selepas mencapai kesepakatan hasil perbincangan sebelum ini.

“Kita (PN Terengganu) mengambil timbang semua perkara sebelum keputusan agihan ini dicapai,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: DUNDUN TerengganuPembubaran DUN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Empat Timbalan Menteri Persekutuan Bersaing Rebut Kerusi DUN

PRN Sabah: Empat Timbalan Menteri Persekutuan Bersaing Rebut Kerusi DUN

15/11/2025
0

KOTA KINABALU - Empat Timbalan Menteri Persekutuan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang turut menyaksikan 596 calon...

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

21/09/2025
0

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) membabitkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd